
Pada masa kini, iPhone bagai sudah menjadi satu fenomena. Ramai orang berlumba-lumba untuk memilikinya, seolah-olah ia sudah menjadi satu kegilaan. Dari remaja yang masih bersekolah, golongan dewasa yang sibuk bekerja, hinggalah kepada atok dan nenek yang sudah pencen, semuanya kalau boleh mahu menggunakan iPhone.
Counterpoint Research melaporkan, separuh dari 10 model peranti yang paling laris sepanjang suku pertama tahun 2025 ialah iPhone. Menjadikan iPhone, telefon bimbit paling popular di Malaysia dan menjadi simbol gaya hidup moden.
Tetapi, dalam fenomena iPhone ini, timbul pula masalah seperti jenayah kecil, kecurian iPhone. Kita semua mahu berasa selamat. Begitu juga kita mahukan orang yang kita sayangi berada dalam keadaan selamat, terutama sekali ketika kita tidak ada bersama-sama dengan mereka.
Oleh sebab itulah, cara nak tahu lokasi iPhone seseorang sangat penting untuk tujuan keselamatan dan pemantauan. Kerana dengan mengetahui lokasi semasa orang yang disayangi, ia mampu memberikan ketenangan fikiran dan mengurangkan kebimbangan terhadap jenayah yang semakin berleluasa.
Jadual Kandungan
Aplikasi Penjejak iPhone Terbaik
Setiap permasalahan, tentu ada jalan penyelesaiannya. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh anda gunakan untuk menjejak iPhone, samada untuk kes kecurian, atau bagi mengetahui lokasi semasa orang yang tersayang.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara nak tahu lokasi iPhone seseorang menggunakan aplikasi yang terbaik, agar anda boleh memantau keselamatan orang tersayang ketika di luar.
Aplikasi # 1: mSpy
Menjejak iPhone dengan mSpy adalah sangat mudah. Ia menawarkan cara yang cepat dan mudah untuk memantau peranti Apple menggunakan kredensial iCloud yang sah, dan setelah semuanya disediakan, anda boleh mengikuti lokasi peranti tersebut untuk jangka masa panjang.
Satu lagi cara mSpy dapat membantu mengesan lokasi iPhone ialah dengan menghantar mesej ke peranti tersebut. Setelah individu itu membuka mesej tersebut, lokasi boleh dikesan serta‑merta.
Antara ciri-ciri yang mSpy tawarkan adalah :
- Menjejak lokasi semasa GPS telefon yang dipantau dengan tepat, termasuk koordinat, masa berada di lokasi dan juga alamat penuh.
- Memiliki fungsi “Geofencing” yang membolehkan anda menetapkan kawasan bahaya dan selamat dikunjungi. mSpy memberikan anda notifikasi segera jika anak anda atau orang yang disayangi memasuki atau meninggalkan kawasan yang telah anda tetapkan.
- Aplikasi mSpy bekerja secara senyap tanpa diketahui oleh telefon yang dipantau kerana tiada ikon aplikasi yang dipaparkan pada peranti.
- Berfungsi pada iPhone tanpa perlu Jailbreak.
Bukan hanya sekadar cara nak tahu lokasi iPhone seseorang, mSpy memberikan anda akses segera kepada panggilan telefon, mesej, media sosial dan juga sejarah carian internet. Pakej pemantauan lengkap dalam satu aplikasi!
Aplikasi #2: Find My
Bagi pengguna Apple, salah satu cara paling mudah untuk menjejak peranti adalah dengan menggunakan aplikasi “Find My”. Ia adalah penjejak lokasi yang siap dibina untuk peranti iOS.
Tidak perlu dimuat turun atau tetapan tambahan, Find My iPhone direka untuk membantu pengguna mencari iPhone, iPad, MAC atau Apple watch yang hilang atau dicuri, walaupun peranti anda kehabisan bateri atau dimatikan.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan oleh ibubapa untuk menjejak lokasi anak-anak atau memantau orang yang tersayang.
Berikut adalah perkongsian lokasi dengan cara guna Find My iPhone :
Tetapan Perkongsian Keluarga:
- Pergi ke Tetapan > [Nama Anda] > Perkongsian keluarga.
- Tekan Tetapkan Keluarga Anda dan ikut arahan yang diberikan.
- Masukkan Apple ID anak anda (atau buat satu jika mereka belum ada).
Aktifkan Perkongsian Lokasi:
- Dalam Tetapan > [Nama Anda] > Find My > Kongsi Lokasi Saya, hidupkan fungsi ini.
- Pastikan Kongsi Lokasi Saya juga diaktifkan pada peranti anak anda.
Pantau Lokasi Anak Anda:
- Buka aplikasi Find My > tekan People.
- Anda boleh melihat lokasi anak anda secara langsung pada peta dan menerima pemberitahuan bila mereka memasuki dan meninggalkan sesuatu tempat.
Aplikasi #3: Eyezy
Eyezy ialah aplikasi pemantauan yang direka untuk membantu memastikan keselamatan anak dan orang tersayang sentiasa terjamin. Antara fungsi utama aplikasi ini ialah penjejak lokasi yang sangat berkesan, memberikan anda cara cari lokasi seseorang dengan mudah dan cepat.
Eyezy juga menawarkan kaedah alternatif untuk mendapatkan lokasi, iaitu dengan menghantar pautan khas ke telefon yang ingin dipantau. Setelah individu tersebut mengetik pautan itu, lokasi semasa mereka dapat dipaparkan dengan segera.
Namun begitu, kaedah pautan ini hanya sesuai untuk penggunaan sementara. Jika anda memerlukan pemantauan yang lebih konsisten dan jangka panjang, aplikasi ini perlu disambungkan melalui iCloud atau dipasang terus pada peranti yang dipantau dengan pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.
Aplikasi #4: Google Maps

Anda boleh mengesan lokasi telefon bimbit dengan menggunakan Google Maps. Untuk menjejak telefon orang lain, bukan dengan cara berkongsi lokasi sendiri, anda perlu mempunyai akses pada telefon yang ingin dipantau.
Berikut adalah langkah-langkahnya :
- Buka Google Maps pada peranti.
- Ketik Profil > Perkongsian Lokasi > Kongsi Lokasi.
- Pilih tempoh masa perkongsian. Dari 15 minit, 1 jam, atau Tidak Ditetapkan.
- Kenalan yang dipilih boleh melihat lokasi semasa anda secara langsung melalui aplikasi Google Maps atau di web.
- Anda boleh berhenti berkongsi pada bila-bila masa.
Akhir Kata
Dalam artikel ini, kami telah kongsikan beberapa aplikasi dan cara cari lokasi seseorang dengan berkesan. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah Google Maps, Find My, Eyezy dan juga mSpy. Jika anda hanya memerlukan penjejak lokasi secara asas, menggunakan aplikasi Google Maps dan Find My sudah memadai.
Tetapi jika anda memerlukan pemantauan lengkap dan menyeluruh, aplikasi mSpy adalah pilihan terbaik. Memberi penyelesaian jangka masa panjang dan dapat memantau orang tersayang dengan senyap agar mereka tidak merasa seperti dikongkong. Semoga artikel ini memberi manfaat pada semua.




