image
Tunggu! Jangan pergi dulu!

Mulakan pemantauan hari ini dengan diskaun istimewa 30%

DAPATKAN TAWARANNYA

Bagaimana saya boleh tahu dengan siapa dia bercakap – Kaedah mudah dan berkesan

Mohd Hafiz Roslan

Teknologi masa kini telah membawa kita menjadi lebih rapat dengan orang tersayang dan juga kenalan. Dengan hanya menekan satu butang sahaja, anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walaupun beribu batu jauhnya.

Dalam kecanggihan ini, perbualan santai kadang kala boleh bertukar menjadi ancaman yang berbahaya kepada anak-anak atau orang tersayang.

Jadi, bagaimana cara mendengar perbualan telefon mereka agar anda boleh mengawasi dan melindungi mereka? Langkah paling mudah, anda boleh gunakan aplikasi perakam panggilan yang membolehkan anda memantau perbualan telefon anak-anak dan orang tersayang.

Jadual Kandungan

4 Cara Terbaik Merakam Panggilan Tanpa Pengetahuan Orang Lain

Dalam beberapa situasi, anda sering tertanya sendiri, bagaimana saya boleh tahu dengan siapa dia bercakap? Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara terbaik merakam perbualan orang lain demi menjamin keselamatan orang tersayang.

Kaedah #1: mSpy – Lebih Daripada Sekadar Merakam Panggilan

Aplikasi mSpy adalah aplikasi perakam panggilan yang terbaik yang boleh anda jadikan pilihan. Aplikasi ini membolehkan anda memantau semua panggilan masuk dan keluar termasuk waktu panggilan, durasi dan merakam perbualan yang boleh diulang dengar pada bila-bila masa.

Semua maklumat dari telefon yang dipantau adalah disulitkan dan hanya diakses dari papan pemuka peribadi anda. Dengan ciri-ciri ini, mSpy dapat menjawab persoalan anda yang sering timbul – macam mana nak tahu orang tu tengah on call?

mSpy juga datang dengan ciri-ciri lain yang dapat membantu anda melakukan pemantauan secara menyeluruh.

Berikut adalah ciri-ciri lain mSpy :

  1. Penjejak lokasi GPS – Memberi lokasi semasa telefon sasaran beserta koordinat, alamat tepat dan juga waktu semasa di lokasi.
  2. Pemantau aplikasi – Memantau aktiviti aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Snapchat dan banyak lagi.
  3. Pemantau teks mesej – Memantau semua mesej masuk dan keluar, termasuk yang telah dipadamkan.
  4. Pemantau laman web – Memantau sejarah carian di internet, dan menyekat laman web yang tidak sesuai terutama untuk anak-anak.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari laman web mSpy untuk melihat demo bagaimana mSpy berfungsi dan cara-cara untuk memulakan pemantauan menggunakan mSpy.

mspy-banner-image
Ingin tahu tentang bahaya dalam panggilan mereka?
Buka kunci Perakam Panggilan yang berkuasa dengan mSpy!
CUBA MSPY SEKARANG

Kaedah #2: Ciri Rakaman Panggilan Yang Sedia Terbina Dalam Peranti

Sesetengah telefon android dan iPhone dengan iOS 18.1 (2024) mempunyai fungsi merakam panggilan yang sedia terbina dalam peranti. Kebanyakan pengguna menggunakan ciri ini kerana ia tidak memerlukan muat turun aplikasi tambahan.

Untuk sesetengah model android, anda boleh mengaktifkan rakaman panggilan pada Tetapan atau menekan butang “Record” semasa panggilan.

Bagi pengguna iPhone pula, anda hanya perlu menekan butang “Record” semasa panggilan dan rakaman akan disimpan dalam aplikasi Notes, lengkap dengan transkrip dan ringkasan AI. Untuk android dan iOS, selepas anda menekan butang “Record”, anda dan pihak lagi satu dalam panggilan akan mendengar mesej yang rakaman dimulakan.

Dan perlu diingatkan, kaedah ini hanya boleh merakam panggilan anda sendiri, dan tidak dapat merakam panggilan telefon orang lain.

Kaedah #3: Google Voice – Merakam Panggilan Secara Percuma!

Google Voice adalah cara rekod perbualan telefon secara percuma yang anda boleh gunakan. Google Voice membenarkan anda merakam panggilan masuk sahaja, bukan panggilan keluar. Anda boleh mengaktifkan fungsi ini pada Tetapan > Panggilan > Pilihan Panggilan Masuk.

Semasa menerima panggilan, tekan “4” untuk mula merekod. Anda dan pemanggil akan mendengar mesej menyatakan bahawa panggilan dirakam. Rakaman panggilan akan disimpan dalam peti masuk Google Voice anda.

Kaedah #4: Cube ACR – Perakam Rahsia Yang Baik

Cube ACR merupakan salah satu cara untuk mendengar panggilan telefon orang lain. Bekerja secara senyap, aplikasi ini boleh digunakan pada android dan juga peranti iOS. Cube ACR boleh merakam panggilan secara automatik dan menyimpannya ke simpanan Cloud.

Aplikasi ini mempunyai antara muka yang mesra pengguna dan mudah digunakan. Akan tetapi, aplikasi ini tidak dapat berfungsi pada sesetengah model telefon.

Kesimpulan

Dalam artikel ini, kami telah kongsikan beberapa cara rakam panggilan telefon dengan berkesan. Jika anda hanya ingin merakam panggilan telefon sendiri, menggunakan ciri rakaman yang sedia tepasang di peranti sudah memadai. Tetapi jika anda perlukan perakam panggilan rahsia, tentunya mSpy dan Cube ACR boleh dijadikan pilihan.

Di antara kedua-dua aplikasi perakam panggilan ini, mSpy adalah aplikasi yang terbaik untuk pemantauan. Bukan sahaja bertindak sebagai perakam panggilan, mSpy datang dengan pakej lengkap bagi memantau keseluruhan aktiviti anak anda dan orang tersayang terutama sekali ketika mereka berada di atas talian.

Memberikan anda ketenangan fikiran dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semoga artikel ini memberi manfaat pada semua!

Tinggalkan jawapan:

Alamat emel anda tidak akan diterbitkan. Ruang yang perlu diisi ditanda *


Langgan surat berita kami
Kembali ke Atas