
Ramai orang memilih WhatsApp sebagai medium komunikasi atas talian. Aplikasi yang mudah digunakan yang boleh dimuat turun secara percuma. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, WhatsApp menjadi aplikasi paling popular dengan pengguna 86.5% dari semua jenis media sosial.
WhatsApp digunakan untuk berkomunikasi secara peribadi dan juga profesional. Dalam beberapa keadaan, anda atau sesiapa sahaja boleh terpadamkan mesej di dalam WhatsApp.
Keadaan ini menyebabkan anda kehilangan maklumat-maklumat penting, atau detik-detik berharga orang yang anda sayangi. Ramai menganggap bahawa mereka tidak akan dapat semula teks mesej yang telah terpadam.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa cara dapatkan semula WhatsApp yang dipadam Android dan juga iPhone. Agar, anda boleh dapatkan semula data-data yang anda perlukan.
Jadual Kandungan
Adakah mungkin untuk melihat sejarah chat di WhatsApp?
Apabila mesej atau chat terpadam dari aplikasi WhatsApp, ia tidak masuk ke dalam folder sampah yang dapat anda akses semula. Tidak seperti emel, mesej WhatsApp akan terpadam secara kekal dari antara muka aplikasi ini.
Walaupun begitu, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan semula mesej yang terpadam.
Lihat Mesej WhatsApp Yang Terpadam Dengan mSpy
Salah satu aplikasi terbaik untuk mendapatkan semula mesej WhatsApp yang terpadam ialah mSpy. Ia membolehkan anda melihat gambaran lengkap setiap perbualan WhatsApp, termasuk senarai kenalan, mesej yang dihantar dan diterima, serta masa aktiviti dalam talian.
Walaupun mesej itu telah terpadam, mSpy telah dapat merakamnya, dan semua data-data ini disimpan pada papan pemuka peribadi anda yang teratur, membolehkan anda menyemaknya pada bila-bila masa.
Semua ciri ini berfungsi serta merta selepas aplikasi dipasang di telefon sasaran dan ia berkerja secara senyap tanpa pengetahuan kerana tiada ikon yang dipaparkan di peranti.
Selain daripada dapat melihat semula mesej yang terpadam di Android, mSpy juga memberi anda cara dapatkan semula WhatsApp yang dipadam iPhone.
Bukan hanya menjadi pemantau WhatsApp, mSpy juga boleh memantau aplikasi pemesejan yang lain seperti Facebook Messenger, Instagram, Telegram, Snapchat dan banyak lagi.
Cara Dapatkan Chat WhatsApp yang Dipadam Melalui Sandaran Sembang WhatsApp
Aplikasi WhatsApp mempunyai fungsi sandaran sembang. Mesej-mesej di platform ini biasanya akan disimpan secara automatik bila fungsi ini diaktifkan. Tetapi, kaedah ini tidak akan berfungsi jika sandaran dibuat selepas mesej dipadamkan.
Berikut adalah cara dapatkan semula mesej yang dipadam melalui sandaran sembang :
Pada Android :
- Nyahpasang aplikasi WhatsApp dan pasangkannya semula.
- Log masuk dan pulihkan sandaran terkini apabila diminta.
- Jika mesej yang terpadam ada dalam sandaran terakhir, ia akan dipaparkan semula.
Pada iPhone :
- Pergi ke Tetapan > Sembang > Sandaran Sembang dan periksa bila tarikh akhir sandaran.
- Nyahpasang dan pasang semula WhatsApp.
- Pulihkan semula sandaran untuk dapatkan mesej lama.
Dapatkan Semula Mesej Yang Terpadam Melalui Sistem Pemberitahuan
Android mempunyai satu fungsi yang boleh memberikan anda cara dapatkan semula WhatsApp yang dipadam. Ini adalah cara rahsia iaitu dengan menggunakan sejarah pemberitahuan.
Jika anda dapat lihat pemberitahuan sebelum mesej dipadamkan, kemungkinan ia masih disimpan dalam sistem anda. Jadi, anda boleh dapatkan mesej itu tanpa memerlukan aplikasi lain.
Bagaimana untuk periksa :
- Pergi ke Tetapan > Pemberitahuan > Tetapan Lanjutan (atau cari “Sejarah Pemberitahuan”
- Aktifkan Sejarah Pemberitahuan jika ia tidak tersedia.
- Semak log untuk mesej yang dipadamkan.
Perlu diingatkan, kaedah ini hanya berjaya digunakan jika mesej itu mencetuskan pemberitahuan dan tidak akan dapat memaparkan imej atau fail media.
Juga, iOS tidak mempunyai ciri Sejarah Pemberitahuan secara asal dalam sistemnya. Ini bermakna, kandungannya akan hilang sebaik sahaja pemberitahuan ditutup.
Dapatkan Semula Mesej Yang Terpadam Melalui Sandaran iCloud

Bagi pengguna iPhone, cara dapatkan chat WhatsApp yang dipadam adalah dengan menggunakan sandaran iCloud. Kaedah ini boleh digunakan dengan syarat WhatsApp mestilah diselaraskan dengan iCloud.
Berikut adalah cara menggunakan sandaran iCloud untuk menyemak mesej yang dipadam :
- Nyahpasang aplikasi WhatsApp dan pasangkannya semula.
- Log masuk aplikasi WhatsApp. Semasa log masuk, pilih “Pulihkan” dari sandaran iCloud anda.
- Setelah selesai, mesej yang terpadam akan dipaparkan semula dalam aplikasi.
Sandaran Google Drive Untuk Android
Sandaran Google Drive pada Android bukan sahaja menyimpan data telefon seperti Kenalan, Mesej dan Tetapan, tetapi juga boleh menyimpan mesej dan media WhatsApp anda secara automatik.
Dengan sandaran ini, semua perbualan WhatsApp, gambar, video, dan fail yang dihantar atau diterima akan tersimpan dalam akaun Google anda. Ia membolehkan anda memulihkan semula chat dan media WhatsApp sekiranya peranti anda hilang, rosak, atau apabila anda menukar ke telefon baharu.
Cara mengaktifkan sandaran Google Drive :
- Pergi ke Tetapan > Google > Sandaran.
- Tekan Sandarkan Sekarang.
Akhir Kata
Dalam artikel ini, kami telah kongsikan beberapa cara melihat mesej WhatsApp yang dipadam. Antara cara paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan ciri sandaran. Kaedah ini membolehkan anda memulihkan mesej dan media WhatsApp, tetapi perlu sentiasa diaktifkan agar semua mesej terkini disandar secara automatik.
Berbeza dengan mSpy, jalan penyelesaian paling sempurna bagi anda yang mahukan pemantauan menyeluruh pada telefon sasaran. Bukan sahaja dapat melihat mesej yang telah dipadamkan, mSpy membantu anda memantau tingkah laku anak-anak anda ketika mereka di atas talian.
Dengan beberapa kaedah yang telah dikongsikan, anda boleh memilih kaedah mana yang paling sesuai mengikut keperluan anda. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.



