
Pada zaman sekarang, kebanyakan kanak-kanak dan remaja sudah memiliki gajet sendiri. Menurut dari sumber Metro, 78 peratus ibubapa membenarkannya. Trend ini meningkat sejak negara memulakan inisiatif pembelajaran atas talian semasa wabak Covid-19 melanda dunia.
Kini, gajet bagai sudah menjadi peneman setia anak-anak tidak kira siang atau malam. Bagi sesetengah ibubapa, memberi gajet kepada anak mungkin dapat memudahkan urusan harian kerana anak akan duduk diam dan tidak mengganggu ibubapa melakukan kerja.
Tetapi jika penggunaan gajet tidak dikawal, ia boleh menjadi perangkap halus anak-anak menjadikan mereka ketagihan skrin, terdedah pada kandungan yang tidak sesuai dan menjadi mangsa buli siber.
Bila anak-anak mula tak lepas gajet dari tangan, nasihat semata-mata sudah tidak lagi mencukupi kerana anak-anak pada era digital ini sangat bijak lari dari pantauan. Oleh sebab itulah, ramai ibubapa kini menggunakan aplikasi kawalan ibubapa.
Ia bertujuan untuk memantau dan mengawasi aktiviti atas talian anak-anak tanpa rasa dikongkong. Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat.
Jadual Kandungan
Memahami Kawalan Ibubapa
Dalam kawalan ibubapa, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah menyekat akses konten internet dan aplikasi yang tidak sesuai untuk anak-anak.
Selain itu, memantau pergerakan, mengawasi aktiviti atas talian, serta memeriksa mesej di pelbagai platform media sosial anak-anak juga sangat penting bagi menjamin keselamatan mereka.
Aplikasi Kawalan Ibubapa Terbaik
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda, aplikasi kawalan ibubapa yang terbaik yang boleh anda gunakan. Agar anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan selamat terutamanya ketika mereka berada di atas talian.
Aplikasi #1: mSpy
Pilihan terbaik penjejak telefon bagi kawalan ibubapa tentunya aplikasi mSpy. Aplikasi ini membolehkan anda memeriksa semua aktiviti atas talian anak anda. mSpy datang dalam set lengkap yang boleh membantu anda dalam memantau dan mengawasi setiap aktiviti anak anda secara menyeluruh.
Ciri-ciri penting mSpy adalah :
- Pemantau panggilan – Memantau semua panggilan masuk dan keluar termasuk waktu panggilan, durasi dan merakam perbualan yang boleh diulang dengar bila-bila masa.
- Pemantau teks mesej – Memantau semua mesej masuk dan keluar, termasuk yang telah dipadamkan.
- Pemantau aplikasi – Boleh memantau aplikasi popular seperti Facebook, Instagram, Sanpchat dan banyak lagi.
- Ciri “App Blocker” yang membolehkan anda menyekat akses kepada aplikasi tertentu pada peranti yang dipantau.
- Penjejak lokasi GPS – Memberi lokasi semasa telefon sasaran, koordinat, waktu semasa di lokasi dan juga alamat dengan tepat.
- Geofencing – Boleh menetapkan kawasan bahaya dan selamat untuk anak anda kunjungi. Notifikasi segera akan diberikan sebaik sahaja anak anda memasuki atau meninggalkan kawasan itu.
- Pemantau laman web – Boleh menjejak sejarah carian di internet dan menyekatnya jika ianya tidak sesuai diakses oleh anak-anak.
Anda boleh layari laman web mSpy untuk melihat demo bagaimana mSpy berfungsi dan cara-cara untuk memulakan pemantauan menggunakan mSpy.
Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai model langganan dan yang paling penting, ia berfungsi secara senyap tanpa diketahui oleh anak anda kerana tiada ikon aplikasi yang dipaparkan pada gajet.
Dengan sokongan pelanggan 24/7 dan aplikasi yang mudah dipasang, mSpy sememangnya pilihan bijak para ibubapa.
Aplikasi #2: Eyezy
Eyezy adalah aplikasi pemantauan yang tidak kurang hebatnya. Dicipta untuk melindungi anak-anak dari bahaya alam siber, Eyezy bekerja secara senyap dan anak-anak anda tidak akan tahu yang mereka sebenarnya sedang dipantau.
Aplikasi Eyezy merekod semua panggilan telefon, mesej, aktiviti media sosial dan juga sejarah carian internet, membolehkan ibubapa memantau dan melindungi anak-anak dengan lebih mudah.
Eyezy memberikan anda kawalan ibubapa dalam penggunaan internet yang boleh anda percayai dan harapkan. Selain dari itu, dengan Eyezy, anda boleh menjejak lokasi semasa GPS anak anda, bagi memastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin dan ibubapa lebih bersedia jika berlaku apa-apa kecemasan.
Aplikasi #3: Bark
Bark adalah salah satu aplikasi pemantauan anak yang direka untuk membantu ibu bapa menjaga keselamatan digital anak-anak mereka secara menyeluruh. Walaupun tidak sehebat mSpy atau Eyezy dari segi ciri canggih, Bark menawarkan fungsi yang kuat dan mudah digunakan untuk mengawasi penggunaan gajet harian.
Bark membantu anda memantau teks mesej, aplikasi media sosial, pencarian laman web, e-mel dan aktiviti atas talian yang lain untuk mengesan ancaman seperti buli siber dan kandungan yang tidak sesuai.
Selain dari itu, dengan Bark, anda boleh menetapkan jadual masa skrin, menyekat laman web dan aplikasi yang berisiko dan juga mengesan lokasi anak anda ketika di luar.
Aplikasi #4: NetNanny

Sama seperti aplikasi Bark, NetNanny boleh digunakan untuk untuk memantau dan mengawasi aktiviti anak-anak anda. Walaupun bukan aplikasi premium seperti mSpy dan Eyezy, NetNanny boleh membantu anda menapis penggunaan internet anak anda agar tidak terlibat dengan aktiviti pornografi atau terdedah dengan konten orang dewasa.
Dengan ciri Pengurusan Masa Skrin, anda boleh menetapkan tarikh, masa dan berapa lama anak anda dibenarkan berada di atas talian. Aplikasi kawalan ibubapa NetNanny juga membolehkan anda membuat tetapan safesearch pada carian internet dan juga menyekat aplikasi yang berisiko untuk digunakan oleh anak anda.
Aplikasi #5: Google Family Link
Siapa sangka, aplikasi Google yang sering kita gunakan untuk mencari pelbagai maklumat juga mempunyai satu ciri khas untuk kawalan ibu bapa dalam penggunaan gajet anak-anak.
Google Family Link menjadi pilihan paling popular dalam kalangan ibubapa kerana ianya percuma, mudah digunakan dan sesuai untuk pengguna android dan juga iOS.
Tetapi melalui aplikasi ini, ibubapa hanya dapat mengawal penggunaan gajet secara asas sahaja. Aplikasi ini tidak dapat memantau mesej dan juga media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram.
Bagi ibubapa yang memerlukan pemantauan yang lebih mendalam dan terperinci, aplikasi yang lebih premium tentunya menjadi pilihan utama.
Antara fungsi utama Google Family Link ialah :
- Menetapkan had masa skrin.
- Melihat dan menyekat aplikasi yang dimuat turun oleh anak.
- Mengunci peranti dari jauh.
- Melihat lokasi semasa anak.
- Menetapkan penapis kandungan pada Youtube, Chrome dan Play Store.
Akhir Kata
Dalam anak-anak sedang membesar, jika mereka mengetahui yang mereka sebenarnya sedang dipantau, mungkin boleh menyebabkan mereka berasa seperti dikongkong. Dan keadaan boleh jadi lebih buruk jika mereka mula memberontak atas perkara ini.
Dan seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel ini, aplikasi yang terbaik dalam kawalan ibubapa tentunya aplikasi mSpy. Bekerja secara senyap, mSpy dapat memberikan anda ketenangan fikiran tentang keselamatan anak- anak anda tanpa perlu mereka mengetahuinya.

