Chrome sebenarnya tak ada fungsi sekat laman terus tanpa sambungan atau akaun keluarga, jadi Google Family Link atau tetapan had masa skrin bawaan tu paling mudah dan selamat. Dulu masa monitor aku ketat sangat, aku cuma pandai buka tab incognito; tapi bila parents aku ubah sikit jadi “peraturan jelas + borak dari semasa ke semasa + sikit pantauan”, aku sendiri jadi lebih jujur dan kurang rasa perlu bersembunyi. Cuba mulakan dengan had yang fair dulu, nanti dia pun kurang tekanan nak cari jalan sulit.